Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan FGV di Hotel Seri Costa Melaka

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan FGV di Hotel Seri Costa Melaka

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh telah menerima zakat perniagaan FGV Holdings Berhad bagi pihak Zakat Melaka dalam satu majlis yang telah diadakan di Hotel Seri Costa, sebuah hotel yang dimiliki oleh anak syarikat FGV, Felda Travel Sdn Bhd pada 5 September 2023.
Dalam majlis tersebut, FGV juga telah memberikan sumbangan zakat kepada 30 orang asnaf yang telah dipilih oleh pihak Zakat Melaka.